Isnin, 10 Oktober 2011

LAKSA MEE


Laksa mee memang famous di Pantai Remis, Perak.. memandangkan aku penah dok Pantai Remis dulu, aku nak kongsi cara2 buat laksa mee ikot cara aku.. (cara orang bujang masak) ..:)

Bahan2:
  • Laksa Mee - bahan utama
  • Bawang putih, bawang merah , bawang kecik… asalkan namanya bawang
  •  Asam jawa atau asam keping … dua2 pon boleh
  • Belacan
  • Ubi kentang
  • Ikan tongkol @ ikan kayu, orang Terengganu panggil ikan ayeeer.. tah! camne nak sebut.. mcm2 la housemate aku ni
  •  Fish ball / udang pon boleh kalau nak sodap kato orang Kg. 40 Rantai..hehehe

      Buat Sup


Ikan kayu direbus dengan bawang besar dan ubi kentang
Tak payah buat bubuh minyak yer.. rebus jer semua skali.. nak bubuh fishball dan udang pon boleh
Tunggu mendidih dan bubuh la garam dan abang aji..simple jer

       Buat sambal :


Bawang putih / besar / kecik di kisar bersama cabai kering dan belacan jangan lupa – kalau umah x da blander, tumbuk guna lesung batu yer.. mcm aku buat
Bahan tadi di tumis dan dibubuh asam jawa kalau nak masam
Tumis sampai kering

        Kacang:

            Dipotong seperti dalam gambar
Minyak sedikit saje, goreng sehingga lembut
Bubuh garam dan ajinamoto sedikit je..

Laksa Mee :



Laksa mee ni memang boleh dapat di Pantai Remis, tempat lain aku tak penah jumpa lagi
Direbus di dalam periuk, apabila dah mendidih tutup api dan biar dalam periuk sehingga sejuk dan  kembang.. baru lembut dan sedap di makan
Apabila dah sejuk, basuh dengan air paip
Dan boleh di nyum2….
SELAMAT MENCUBA   -  p/s: dah lama tak pergi ke Pantai Remis…huhuhu