Khamis, 24 November 2011

NASI LEMAK


Nasi Lemak
Setakat ni nasi lemak yang “Mak” aku buat paling sedap kat dunia yang aku penah rasa, kawan2 pon cakap sedap, dan sekarang ni aku dok jauh daripada family…huhuhu. Kalau kawan2 dok damansara, pergi la dekat Kg. Penchala. Kedai Mak Cik dekat area MOMOS tu ade jual nasi lemak “sambal” yang sedap, kalau cuti tak pergi mana, aku slalu beli dekat situ…:)

Oleh sebab aku cuti, aku try masak nasi lemak ni



Cara masak nasi:


·         Basuh beras dulu (selawat nabi), pastu masukkan bawang kecik, halia, serai dan daun pandan
·         Lepas tu masukkan santan dan sedikit  air, jangan lupa masukkan garam sedikit yo – nanti x raso apo pulak nasi tu..

Cara buat sambal pulak:
·         Masukkan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar (bawang besar, bawang putih, cabai kering dan sedikit belacan)
·         Masukkan air asam jawa, garam dan gula
·         Lepas tu masukkan bawang yang dipotong bulat

Lauk:
·         Goreng je ayam atau ikan bilis, nak sedap g bubuh la udang atau sotong dalam sambal tu.

P/S: Aku puas hati masak nasi lemak ni, nampak macam sedap je housemate aku makan…hehehe

KUIH CAKOI


Kuih Cakoi
Kuih  yang aku minat sangat, sbb tu aku cuba buat sendiri.Dah 2 kali aku buat, yang mule2 aku buat..kire jadi la.. yang ke2 aku buat- uish,, tak menjadi..masin, keras dan liat..tak tahu la nape :)

Ini gambor yang pertama tu
Bentuk ikot main ikot suke je,, yang penting nganga, gigit dan telan



Cara2 buat cakoi, mule2

  • Uli tepung gandum, instant yeast (mauripan), gula, air, garam, telur ayam(sebijik) dan baking soda (yang ni aku tak bubuh) sbb x da jual kat kedai umah aku. Sebab tu tak brapa nak jadi kot..huhuhu
  • Dah uli pulak, tutup dgn kain lembab yang bersih..tunggu beberapa jam

  • Beberapa jam kemudian, dah  kembang macam ni..ambik dan bentukkan ikut suke hati. Kalau x nak melekit, bubuh sedikit tepung supaya tak melekat di jari.
  • Panaskan kuali dan goreng sehingga kekuningan.
  • Dah siap goreng, boleh la cicah dengan kuah sardin ke, kuah kacang ke atau pon kuah kari.
 
Sedap dimakan bila waktu petang  semasa hujan..

 


P/S: Bukan senang nak buat kuih ni,ambil masa jugak.. aku akan sentiasa cuba buat kuih ni sampai aku rasa aku puas hati.

Isnin, 10 Oktober 2011

LAKSA MEE


Laksa mee memang famous di Pantai Remis, Perak.. memandangkan aku penah dok Pantai Remis dulu, aku nak kongsi cara2 buat laksa mee ikot cara aku.. (cara orang bujang masak) ..:)

Bahan2:
  • Laksa Mee - bahan utama
  • Bawang putih, bawang merah , bawang kecik… asalkan namanya bawang
  •  Asam jawa atau asam keping … dua2 pon boleh
  • Belacan
  • Ubi kentang
  • Ikan tongkol @ ikan kayu, orang Terengganu panggil ikan ayeeer.. tah! camne nak sebut.. mcm2 la housemate aku ni
  •  Fish ball / udang pon boleh kalau nak sodap kato orang Kg. 40 Rantai..hehehe

      Buat Sup


Ikan kayu direbus dengan bawang besar dan ubi kentang
Tak payah buat bubuh minyak yer.. rebus jer semua skali.. nak bubuh fishball dan udang pon boleh
Tunggu mendidih dan bubuh la garam dan abang aji..simple jer

       Buat sambal :


Bawang putih / besar / kecik di kisar bersama cabai kering dan belacan jangan lupa – kalau umah x da blander, tumbuk guna lesung batu yer.. mcm aku buat
Bahan tadi di tumis dan dibubuh asam jawa kalau nak masam
Tumis sampai kering

        Kacang:

            Dipotong seperti dalam gambar
Minyak sedikit saje, goreng sehingga lembut
Bubuh garam dan ajinamoto sedikit je..

Laksa Mee :



Laksa mee ni memang boleh dapat di Pantai Remis, tempat lain aku tak penah jumpa lagi
Direbus di dalam periuk, apabila dah mendidih tutup api dan biar dalam periuk sehingga sejuk dan  kembang.. baru lembut dan sedap di makan
Apabila dah sejuk, basuh dengan air paip
Dan boleh di nyum2….
SELAMAT MENCUBA   -  p/s: dah lama tak pergi ke Pantai Remis…huhuhu