Nasi
Lemak
Setakat ni
nasi lemak yang “Mak” aku buat paling sedap kat dunia yang aku penah rasa,
kawan2 pon cakap sedap, dan sekarang ni aku dok jauh daripada family…huhuhu. Kalau
kawan2 dok damansara, pergi la dekat Kg. Penchala. Kedai Mak Cik dekat area
MOMOS tu ade jual nasi lemak “sambal” yang sedap, kalau cuti tak pergi mana,
aku slalu beli dekat situ…:)
Oleh
sebab aku cuti, aku try masak nasi lemak ni
Cara masak nasi:
·
Basuh
beras dulu (selawat nabi), pastu masukkan bawang kecik, halia, serai dan daun
pandan
·
Lepas
tu masukkan santan dan sedikit air,
jangan lupa masukkan garam sedikit yo – nanti x raso apo pulak nasi tu..
Cara buat sambal pulak:
·
Masukkan
sedikit minyak, tumiskan bahan kisar (bawang besar, bawang putih, cabai kering
dan sedikit belacan)
·
Masukkan
air asam jawa, garam dan gula
·
Lepas
tu masukkan bawang yang dipotong bulat
Lauk:
·
Goreng
je ayam atau ikan bilis, nak sedap g bubuh la udang atau sotong dalam sambal
tu.
P/S: Aku puas hati masak nasi lemak ni, nampak
macam sedap je housemate aku makan…hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan